Wednesday 17 July 2013

Project Bikut Raye..2013


Jom... wt kukis sendiri...Sorry..resepi ni saya ciplak dr blog Yatie memories.  Sebenarnya saya ni kategori org yg x pande masak bkut-tp saya nk cuba pd thn ni...InsyaAllah...Amin.. 

Famous Amos kukisss gittuuuu
Bahan²
  • 1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

Resepi ke 2 - Bkut Cornflakes Rangup....

Bahan-Bahan

250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara-Cara
1.  Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

2.  Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
3.  Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
4.  Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
5.  Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
6.  Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Resepi ke3 - Bikut Arab Comeee..

Bahan-Bahan

  • 2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
  • 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cwn tepung gandum(di ayak)
  • ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

  1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!
Resepi ke4 - Bkut Cendawan Gebusss
 
Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan-coklat masakkan putih secukupnya dan manisan manik
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati je. Masukkan telur dan pkl sebati je, jngn lama2 sngt ya.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang yg telah di sapu sedikit mentega.
  5. Bakar selama 20 minit/sehingga masak dngn suhu oven 160C.
**Biarkan biskut betul2 sejuk barulah celupkan sedikit coklat masakkan putih di hujungnya.
Taburkan sedikit manisan manik ke atasnya.
Biasanya saya masukkan ke dlm petiais sekejap supaya coklat putih cepat mengeras.
Setelah siap, bolehlah simpan di dlm bekas.